Friday, 22 November 2013

Pantai Irama

Assalamualaikum.

Hari ini Ena nak share dengan semua kenangan Ena bersama housemates a.k.a classmates kat Pantai Irama pada 1/11/2013. Kat sini kita boleh naik kereta kuda, berbasikal, dan macam2 lagi. Sebenarnya Ena tak tau nak tulis apa sebab cuti2 otak jam la. Lagipun cuaca kat Kota Bharu sekarang sangat la sejuk dan Ena rasa macam duduk oversea pula. Macam mana la agaknya orang yang tinggal dan belajar kat oversea tu kan? Nampak sangat Ena tak biasa dengan cuaca sejuk. 

Daripada Ena merapu kat dalam blog ini. Jomlah tengok gambar2 kat bawah ini. Kalau ada yang berkenan bagi tau la :)










p/s : Macam2 ada kat Pantai Irama ini.
Ena rasa inilah pantai yang terbaik selepas PCB !


Monday, 23 September 2013

Tok Bali

Assalamualaikum.

Malam ni Ena nak share kenangan bersama housemates pada hari Sabtu yang lepas. Kami pergi Tok Bali untuk menenangkan fikiran dan mengisi masa lapang. Maklumlah kami sebenarnya tak tau nak buat apa kat rumah awal2 sem ni. Nanti hujung2 banyak assignment tak da masa pula nak enjoy macam ni. Bie tak dapat join sama sebab dia balik ke kampung halamannya kat Melor. Eyqa pula kena jaga adik-adiknya kat rumah. 

Sebenarnya kami plan nak buat bbq kat sini dengan coursemates minggu depan tapi lepas tengok tempat, majority nak buat kat Pantai Irama. Dorang cakap kat Tok Bali sesuai mandi-manda je. Ramai yang cakap Pantai Irama lagi best dan sesuai buat bbq. In shaa Allah, minggu depan Ena dengan coursemates akan buat bbq kat sana. Semoga Allah permudahkan segala rancangan kami. Amin :)









p/s : thanks housemates for make me happy :)


Tuesday, 17 September 2013

Rumah Sewa Baru

Assalamualaikum.

Hari ni Ena nak cerita sikit pasal rumah sewa baru yang dekat dengan UiTM tu. Kami tinggal lapan orang serumah kali ini. Dulu enam orang sebilik tapi sekarang lapan orang serumah. Enam orang kos marketing dan lagi dua orang kos akaun. Rumah sewa baru ni lebih selesa dan lebih luas dari rumah sewa yang lama. Sewa rumah kami kali ni mahal sikit la sebab dekat dengan UiTM dan lebih besar kot. haha


Ni la kawasan Ena bersantai. hehe

Ni pula kawasan kawan2 yang lain.

Ni ruang tamu + dapur + bilik mandi.


Saturday, 14 September 2013

Sem Baru

Assalamualaikum.

Nampaknya blog Ena ni da lama tak diupdate. Bak kata orang da bersawang sebab dibiarkan selama berbulan-bulan dan sekarang baru nak update. Ena sekarang ada kat Kota Bharu, Kelantan untuk sambung sem empat. Alhamdulillah, da seminggu Ena kat sini. Untuk sem ni, Ena dan kawan2 duduk rumah sewa baru yang lebih dekat dengan UiTM. Rumah sewa ni kepunyaan Pak Cik Nik yang sangat peramah orangnya. Pagi tadi Pak Cik Nik datang rumah untuk repair toilet kami yang tersumbat dan almari yang rosak. Terima kasih Pak Cik Nik !

Minggu ni Ena dan kawan2 pergi ke kelas tiga hari sahaja sebab hari Isnin kami ada masalah sikit. Kami pergi ke kelas tanpa Nani dan Sarah sebab dorang balik minggu depan atas sebab2 tertentu. Rasa sunyi la juga tanpa si comel dan si cantik. hehe. Dalam tempoh tiga hari ni tiga kelas sahaja yang ada lecturer. Buat masa ni lecturer nampak macam okay je. Ena dan kawan2 masih maintain kelas A dan ada juga kawan2 kelas B yang masuk kelas A sebab jadual clash. Welcome to kelas A :)

Selama seminggu ni, kami asyik berjalan sakan. Mula2 kami pergi Mydin Kubang Kerian dan Nirwana sebab Bie kata barang2 murah kat sana. Esoknya kami pergi KB Mall untuk bayar bil dan beli hadiah. Semalam kami pergi Tesco pula sebab Ena dan Anis nak beli air mineral. Untuk minggu ni sahaja duit da banyak digunakan untuk beli barang2 keperluan masing2. Apa2 pun barang2 tu semua untuk jangka masa yang panjang dan lepas ni tak ada shopping lagi. Shopping tu tetap ada tapi mungkin lepas ni beli barang2 dapur dan masak kat rumah untuk berjimat. 

p/s : Sem baru, Azam baru dan Semangat baru :)




Sunday, 14 April 2013

Pantai Sri Tujuh

Assalamualaikum.

Kenangan bersama coursemates di hujung minggu :)