Wednesday, 29 August 2012

Raya 2012

Assalamualaikum.

Da lama Ena x update blog nie. Ena busy sangat sejak akhir2 nie. Selamat Hari Raya semua. Tahun nie Ena beraya tanpa Kak Elly dan anak2, Miera dan Abg Wan (suami Kak Erni). Miera dan Abg Wan x dapat cuti raya. Raya kelima baru dapat cuti. Kak Elly dan anak-anaknya pula beraya kat Kedah. 

 my family at Sentul.

 tema tahun nie purple :)



kembar x seiras. hehe

p/s : Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Sunday, 15 July 2012

Sakit kaki

Assalamualaikum.

Hari nie Ena tak pergi kerja sebab kaki sakit sangat2. Bangun2 je pagi tadi terus sakit kaki. Ena ingat lepas sapu minyak da ok tapi sama je. Ena tak boleh jalan pagi tadi. Serius sedih sgt masa tu, rasa macam da tak ada kaki pun ada.

Ena baring je satu hari kat rumah. Nasib baik la hari nie mama stand by je kat rumah. Kalau tak, berlapar la Ena. Terima kasih ye mama tolong urutkan kaki dan jaga akak satu hari nie. Mama kata kaki Ena urat lari dan mungkin da masuk angin.

p/s : Ena harap kaki nie cepat sembuh dan esok boleh pergi kerja.


Thursday, 5 July 2012

System down

Assalamualaikum.

Rindunya kat blog nie. Da lama blog nie tak berupdate. Semenjak da start kerja blog nie da di anak tirikan pula. Akhirnya ari nie barulah blog nie berupdate. Tu pun sebab system down. Dari pagi sampai sekarang system down, so Ena pun tak tau nak buat apa. Kata dalam masa sejam system ok tapi hampeh. Da berkurun da tunggu kat sini. Semua benda da buat. Makan da, jalan2 pun da. Boring sangat2 da kat sini. 

Hari nie rasa sejuk sangat. Da la sejuk bertambah pula dengan hujan kat luar tu kan. Rasa macam nak tidur pun ada kat sini. Kalaulah boleh da lama da Ena tidur kat tempat kerja nie. hehe.. Kan best kalau boleh tutup maxis nie dan balik rumah pas tu tidur puas2 kan. Over gitu. haha. K la nak makan maggie la. Sejuk2 makan maggie baru best. Nyum nyum.. haha


Monday, 7 May 2012

Gaji pertama.

Assalamualaikum.

Akhirnya Ena dapat gaji pertama. Rasa macam nak nangis pun ada. Over tak. haha. Gaji Ena sikit je sebab baru je kerja. Tak sampai pun sepuluh hari kerja da dapat gaji sebab masa tu gaji da masuk. hehe. Serius tak sangka akhirya Ena dapat memiliki duit hasil dari titik peluh Ena sendiri. Selama nie Ena asyik guna duit mama dan abah je. hehe. Ena rasa happy sangat. Walaupun sikit tapi berbaloi la juga. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Orang bagi betis jangan nak peha pula ye. Bermulalah dari bawah. haha :)



Alhamdulillah.

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana akhirnya hambamu ini berjaya habiskan diploma. Terima kasih kepada keluarga, kawan-kawan dan lecturers yang banyak bagi semangat dan membantu Ena. Terima kasih sangat2. Selepas tiga tahun bertungkus-lumus akhirnya Ena berjaya menamatkan pengajian dalam Diplama Akaun. Susah dan senang hanya Tuhan sahaja yang tahu. Alhamdulillah, Ena bersyukur sangat :)