Monday 7 May 2012

Gaji pertama.

Assalamualaikum.

Akhirnya Ena dapat gaji pertama. Rasa macam nak nangis pun ada. Over tak. haha. Gaji Ena sikit je sebab baru je kerja. Tak sampai pun sepuluh hari kerja da dapat gaji sebab masa tu gaji da masuk. hehe. Serius tak sangka akhirya Ena dapat memiliki duit hasil dari titik peluh Ena sendiri. Selama nie Ena asyik guna duit mama dan abah je. hehe. Ena rasa happy sangat. Walaupun sikit tapi berbaloi la juga. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Orang bagi betis jangan nak peha pula ye. Bermulalah dari bawah. haha :)



Alhamdulillah.

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana akhirnya hambamu ini berjaya habiskan diploma. Terima kasih kepada keluarga, kawan-kawan dan lecturers yang banyak bagi semangat dan membantu Ena. Terima kasih sangat2. Selepas tiga tahun bertungkus-lumus akhirnya Ena berjaya menamatkan pengajian dalam Diplama Akaun. Susah dan senang hanya Tuhan sahaja yang tahu. Alhamdulillah, Ena bersyukur sangat :)