Sunday 16 September 2012

kawe kat Mache.

Assalamualaikum.

Ena dan family selamat sampai ke Machang walaupun perjalanan agak jauh kali nie. Kami sempat singgah kat Gua Musang jumpa saudara jap. Sampai kat U je  Ena dan Miera (adik perempuan) terus pergi buat pendaftaran NR dan  pendaftaran pelajar baru. Lepas siap kami pun snap la gambar sikit buat kenangan. haha





Kali nie Ena tinggal serumah ngan Far dan Ida je. Rumah sewa kami dekat ngan U je. Jalan kaki pun boleh jugak. Dalam 5 minit je sampai la U tu. Kalau nak ke kelas dalam 15 minit cam tu la. Tak jauh pun tapi boleh la kurus sebab hari2 jalan kaki kan. haha. Selama seminggu kat sini Ena dan Far da pergi pekan Machang dan KB Mall da. Kami pergi 2 orang je sebab Ida balik kampung. 

 muka excited nak ke KB :)

p/s : Ena kena kuat untuk hidup kat negeri orang !!



Tuesday 4 September 2012

Nasib.

Assalamualaikum.

Hari nie Ena baru lepas buat medical check-up ngan abah kat Pudu petang tadi. Ena terpaksa buat kat swasta sebab jumaat nie nak pergi Kelantan da. Maklumlah last minute baru nak buat. Semalam Ena pergi HKL dan Klinik Kesihatan Sentul untuk buat check-up tapi staff kat sana cakap minggu depan baru boleh dapat result. Nie la akibat kalau buat kerja last minute. Jangan ikot perangai Ena tau. haha. Kalau kerajaan kena bayar RM 20, swasta faham-faham je la. Nasib badan. hehe

Alhamdulillah, semua da settle. Ena tinggal nak packing barang je untuk pergi Kelantan nanti. Orang kata jauh perjalanan luas permandangan. Jadi, mungkin ada hikmah Ena kena sambung belajar kat Machang, Kelantan. Ena harap dapat sesuaikan diri kat sana dan dapat kawan baru. hehe

p/s : Kelantan, I'm coming. :)