Wednesday 25 April 2012

first time kerja..

Assalamualaikum..


alhamdulillah, ena da start kerja hari khamis lepas.. tu la first time Ena kerja.. selama nie Ena duduk rumah je.. Ena kerja kat Maxis sebagai customer service assistant (CSA).. Ena rasa happy sangat sebab Ena apply hari Rabu dan hari Khamis da boleh start kerja.. orang kata kalau da ada rezeki tak ke mana.. walaupun Ena tak ada pengalaman kerja pun boleh.. t.kasih Maxis sudi terima Ena..

sorry sangat2 kat Giant dan MBO sebab Ena tolak kerja kat situ.. lagi pun kerja dan gaji kat Maxis nie ok sikit.. 10am-10pm je.. pas tu ada 2 hari cuti tau.. kalau ada sesiapa yang berminat nak kerja kata Maxis  nie datang la Viva Home.. hehe.. ada kerja kosong tau.. kalau nak kerja kat Giant dan MBO pun ada juga.. datang jangan tak datang tau.. Maxis ada promotion free phone skrg.. kalau nak tau lebih mendalam datanglah Maxis.. kalau boleh datang kat Maxis Viva Home ye.. kat tingkat 3 tau.. pas tu dapat la jumpa Ena sekali.. haha.. over pula.. nanti Ena ceritakan macam mana pakej free phone tu k :)

Ena busy sikit sekarang sebab da start kerja kan.. lagi satu kat rumah tak da line la.. Ena ingat kalau ada duit lebih sikit nak beli Unifi la.. lajuu bro !! nanti boleh la update blog nie selalu kan.. pastu senang la nak online.. tapi yang penting dapat gaji nanti nak beli cermin mata baru dan repair phone Ena la.. phone Ena rosak lagi la.. mungkin nak tukar phone baru je.. nak C3 atau Samsung Y boleh?? wait and see ya :)


Sunday 1 April 2012

kenangan terindah :)

Assalamualaikum..

hari nie Ena balik KL bersama keluarga tersayang.. barang-barang Ena tak payah cakaplah kan, terlalu banyak sampai penuh satu kereta.. semua buku dari part 1 sampai part 6 ada tau.. cuba bayangkan baju, buku, meja dan tilam dalam satu kereta.. macam sardin kan?? haha.. 

lepas nie tak tahulah bila pula Ena nak datang Kedah nie balik.. Ena pasti akan rindu UiTM Kedah dan kawan2 Ena terutama housemates tersayang Ina, Far, Nina dan Tiqah.. banyak sangat kenangan Ena kat Kedah nie.. mula-mula part 1 dok kolej mahsuri.. pastu part 3 pergi kolej murni pula.. bila part 4 kami berpindah ke rumah sewa.. macam nomad pun ada.. haha.. 

 nie hadiah dari ekin n d geng masa Ena part 3..


kek tu dari kawan2 Ena masa part 3 juga.. hadiah sotong tu dari Ina dan Far..comey kan :) masa part 3 diorang panggil 'Ena sotong' sebab gedizz macam sotong.. terutama bila nampak tettt.. hehe.. biarlah kami je tau siapa orang yang menyebabkan Ena jadi sotong tu.. haha.. boleh pula cam tu kan.. teruk punya perangai.. jangan tiru perangai Ena tau.. tak elok nie.. hehe


nie pula hadiah dari housemates Ena masa part 5.. thanks housemates.. masa nie kami sambut birthday sekali ngan Ina sebab kami lahir pada bulan yang sama iaitu bulan lapan..siap  ada cupcake tau.. warna cupcakes tu biru ngan hijau sebab Ena suka biru dan Ina pula suka hijau.. cupcakes tu sangat sedap..nyum2  :) 


serupa tapi tak sama.. nie la adik kembar Ena.. kembar ke?? hehe.. kami jumpa masa persiapan VC nak datang tu.. tertiba je kawan- kawan Ena kata Ena ada adik kembar.. sama tak muka kami?? hehe.. Ena tau adik kembar Ena nie lagi comey kan.. nama dia Anis.. salam perkenalan adik Anis :)



nie la gambar housemates Ena.. housemates 89A !! banyak sangat kenangan kami.. segala suka dan duka kami kongsi bersama.. diorang la tempat Ena meluahkan segala masalah tak kiralah masalah apa sekali pun.. bila Ena sedih diorang yang gembirakan Ena.. diorang akan pastikan kat rumah tu tak ada siapa pun yang akan sedih.. 

pas tu bila bab makan paling best.. bila ada yang teringin makan tu ataupun makan nie, nanti mesti kami semua akan pergi makan kat situ.. pergi mana je kami akan pergi bersama ngan Saga purple Far.. Saga tu banyak berjasa kepada kami tau.. memang terbaik dari ladang Saga tu..Ena harap hubungan kita tak berhenti sampai sini sahaja tapi biarlah kekal selamanya.. nanti kahwin jangan lupa jemput Ena ye :)

alhamdulillah, berakhirlah sudah hidup Ena sebagai pelajar Diploma Perakaunan untuk semester akhir ini.. insya-Allah, kita semua akan mendapat keputusan yang cemerlang.. terima kasih buat kawan-kawan dan lecturer yang banyak membantu dan memberikan sokongan kepada Ena.. sama-samalah kita balik ke kampung halaman masing-masing.. rumahku syurgaku.. berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang tersayang..

p/s : I will miss u guys & Sungai Petani, Kedah :((