Sunday 16 September 2012

kawe kat Mache.

Assalamualaikum.

Ena dan family selamat sampai ke Machang walaupun perjalanan agak jauh kali nie. Kami sempat singgah kat Gua Musang jumpa saudara jap. Sampai kat U je  Ena dan Miera (adik perempuan) terus pergi buat pendaftaran NR dan  pendaftaran pelajar baru. Lepas siap kami pun snap la gambar sikit buat kenangan. haha





Kali nie Ena tinggal serumah ngan Far dan Ida je. Rumah sewa kami dekat ngan U je. Jalan kaki pun boleh jugak. Dalam 5 minit je sampai la U tu. Kalau nak ke kelas dalam 15 minit cam tu la. Tak jauh pun tapi boleh la kurus sebab hari2 jalan kaki kan. haha. Selama seminggu kat sini Ena dan Far da pergi pekan Machang dan KB Mall da. Kami pergi 2 orang je sebab Ida balik kampung. 

 muka excited nak ke KB :)

p/s : Ena kena kuat untuk hidup kat negeri orang !!



Tuesday 4 September 2012

Nasib.

Assalamualaikum.

Hari nie Ena baru lepas buat medical check-up ngan abah kat Pudu petang tadi. Ena terpaksa buat kat swasta sebab jumaat nie nak pergi Kelantan da. Maklumlah last minute baru nak buat. Semalam Ena pergi HKL dan Klinik Kesihatan Sentul untuk buat check-up tapi staff kat sana cakap minggu depan baru boleh dapat result. Nie la akibat kalau buat kerja last minute. Jangan ikot perangai Ena tau. haha. Kalau kerajaan kena bayar RM 20, swasta faham-faham je la. Nasib badan. hehe

Alhamdulillah, semua da settle. Ena tinggal nak packing barang je untuk pergi Kelantan nanti. Orang kata jauh perjalanan luas permandangan. Jadi, mungkin ada hikmah Ena kena sambung belajar kat Machang, Kelantan. Ena harap dapat sesuaikan diri kat sana dan dapat kawan baru. hehe

p/s : Kelantan, I'm coming. :)


Wednesday 29 August 2012

Raya 2012

Assalamualaikum.

Da lama Ena x update blog nie. Ena busy sangat sejak akhir2 nie. Selamat Hari Raya semua. Tahun nie Ena beraya tanpa Kak Elly dan anak2, Miera dan Abg Wan (suami Kak Erni). Miera dan Abg Wan x dapat cuti raya. Raya kelima baru dapat cuti. Kak Elly dan anak-anaknya pula beraya kat Kedah. 

 my family at Sentul.

 tema tahun nie purple :)



kembar x seiras. hehe

p/s : Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Sunday 15 July 2012

Sakit kaki

Assalamualaikum.

Hari nie Ena tak pergi kerja sebab kaki sakit sangat2. Bangun2 je pagi tadi terus sakit kaki. Ena ingat lepas sapu minyak da ok tapi sama je. Ena tak boleh jalan pagi tadi. Serius sedih sgt masa tu, rasa macam da tak ada kaki pun ada.

Ena baring je satu hari kat rumah. Nasib baik la hari nie mama stand by je kat rumah. Kalau tak, berlapar la Ena. Terima kasih ye mama tolong urutkan kaki dan jaga akak satu hari nie. Mama kata kaki Ena urat lari dan mungkin da masuk angin.

p/s : Ena harap kaki nie cepat sembuh dan esok boleh pergi kerja.


Thursday 5 July 2012

System down

Assalamualaikum.

Rindunya kat blog nie. Da lama blog nie tak berupdate. Semenjak da start kerja blog nie da di anak tirikan pula. Akhirnya ari nie barulah blog nie berupdate. Tu pun sebab system down. Dari pagi sampai sekarang system down, so Ena pun tak tau nak buat apa. Kata dalam masa sejam system ok tapi hampeh. Da berkurun da tunggu kat sini. Semua benda da buat. Makan da, jalan2 pun da. Boring sangat2 da kat sini. 

Hari nie rasa sejuk sangat. Da la sejuk bertambah pula dengan hujan kat luar tu kan. Rasa macam nak tidur pun ada kat sini. Kalaulah boleh da lama da Ena tidur kat tempat kerja nie. hehe.. Kan best kalau boleh tutup maxis nie dan balik rumah pas tu tidur puas2 kan. Over gitu. haha. K la nak makan maggie la. Sejuk2 makan maggie baru best. Nyum nyum.. haha


Monday 7 May 2012

Gaji pertama.

Assalamualaikum.

Akhirnya Ena dapat gaji pertama. Rasa macam nak nangis pun ada. Over tak. haha. Gaji Ena sikit je sebab baru je kerja. Tak sampai pun sepuluh hari kerja da dapat gaji sebab masa tu gaji da masuk. hehe. Serius tak sangka akhirya Ena dapat memiliki duit hasil dari titik peluh Ena sendiri. Selama nie Ena asyik guna duit mama dan abah je. hehe. Ena rasa happy sangat. Walaupun sikit tapi berbaloi la juga. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Orang bagi betis jangan nak peha pula ye. Bermulalah dari bawah. haha :)



Alhamdulillah.

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana akhirnya hambamu ini berjaya habiskan diploma. Terima kasih kepada keluarga, kawan-kawan dan lecturers yang banyak bagi semangat dan membantu Ena. Terima kasih sangat2. Selepas tiga tahun bertungkus-lumus akhirnya Ena berjaya menamatkan pengajian dalam Diplama Akaun. Susah dan senang hanya Tuhan sahaja yang tahu. Alhamdulillah, Ena bersyukur sangat :)



Wednesday 25 April 2012

first time kerja..

Assalamualaikum..


alhamdulillah, ena da start kerja hari khamis lepas.. tu la first time Ena kerja.. selama nie Ena duduk rumah je.. Ena kerja kat Maxis sebagai customer service assistant (CSA).. Ena rasa happy sangat sebab Ena apply hari Rabu dan hari Khamis da boleh start kerja.. orang kata kalau da ada rezeki tak ke mana.. walaupun Ena tak ada pengalaman kerja pun boleh.. t.kasih Maxis sudi terima Ena..

sorry sangat2 kat Giant dan MBO sebab Ena tolak kerja kat situ.. lagi pun kerja dan gaji kat Maxis nie ok sikit.. 10am-10pm je.. pas tu ada 2 hari cuti tau.. kalau ada sesiapa yang berminat nak kerja kata Maxis  nie datang la Viva Home.. hehe.. ada kerja kosong tau.. kalau nak kerja kat Giant dan MBO pun ada juga.. datang jangan tak datang tau.. Maxis ada promotion free phone skrg.. kalau nak tau lebih mendalam datanglah Maxis.. kalau boleh datang kat Maxis Viva Home ye.. kat tingkat 3 tau.. pas tu dapat la jumpa Ena sekali.. haha.. over pula.. nanti Ena ceritakan macam mana pakej free phone tu k :)

Ena busy sikit sekarang sebab da start kerja kan.. lagi satu kat rumah tak da line la.. Ena ingat kalau ada duit lebih sikit nak beli Unifi la.. lajuu bro !! nanti boleh la update blog nie selalu kan.. pastu senang la nak online.. tapi yang penting dapat gaji nanti nak beli cermin mata baru dan repair phone Ena la.. phone Ena rosak lagi la.. mungkin nak tukar phone baru je.. nak C3 atau Samsung Y boleh?? wait and see ya :)


Sunday 1 April 2012

kenangan terindah :)

Assalamualaikum..

hari nie Ena balik KL bersama keluarga tersayang.. barang-barang Ena tak payah cakaplah kan, terlalu banyak sampai penuh satu kereta.. semua buku dari part 1 sampai part 6 ada tau.. cuba bayangkan baju, buku, meja dan tilam dalam satu kereta.. macam sardin kan?? haha.. 

lepas nie tak tahulah bila pula Ena nak datang Kedah nie balik.. Ena pasti akan rindu UiTM Kedah dan kawan2 Ena terutama housemates tersayang Ina, Far, Nina dan Tiqah.. banyak sangat kenangan Ena kat Kedah nie.. mula-mula part 1 dok kolej mahsuri.. pastu part 3 pergi kolej murni pula.. bila part 4 kami berpindah ke rumah sewa.. macam nomad pun ada.. haha.. 

 nie hadiah dari ekin n d geng masa Ena part 3..


kek tu dari kawan2 Ena masa part 3 juga.. hadiah sotong tu dari Ina dan Far..comey kan :) masa part 3 diorang panggil 'Ena sotong' sebab gedizz macam sotong.. terutama bila nampak tettt.. hehe.. biarlah kami je tau siapa orang yang menyebabkan Ena jadi sotong tu.. haha.. boleh pula cam tu kan.. teruk punya perangai.. jangan tiru perangai Ena tau.. tak elok nie.. hehe


nie pula hadiah dari housemates Ena masa part 5.. thanks housemates.. masa nie kami sambut birthday sekali ngan Ina sebab kami lahir pada bulan yang sama iaitu bulan lapan..siap  ada cupcake tau.. warna cupcakes tu biru ngan hijau sebab Ena suka biru dan Ina pula suka hijau.. cupcakes tu sangat sedap..nyum2  :) 


serupa tapi tak sama.. nie la adik kembar Ena.. kembar ke?? hehe.. kami jumpa masa persiapan VC nak datang tu.. tertiba je kawan- kawan Ena kata Ena ada adik kembar.. sama tak muka kami?? hehe.. Ena tau adik kembar Ena nie lagi comey kan.. nama dia Anis.. salam perkenalan adik Anis :)



nie la gambar housemates Ena.. housemates 89A !! banyak sangat kenangan kami.. segala suka dan duka kami kongsi bersama.. diorang la tempat Ena meluahkan segala masalah tak kiralah masalah apa sekali pun.. bila Ena sedih diorang yang gembirakan Ena.. diorang akan pastikan kat rumah tu tak ada siapa pun yang akan sedih.. 

pas tu bila bab makan paling best.. bila ada yang teringin makan tu ataupun makan nie, nanti mesti kami semua akan pergi makan kat situ.. pergi mana je kami akan pergi bersama ngan Saga purple Far.. Saga tu banyak berjasa kepada kami tau.. memang terbaik dari ladang Saga tu..Ena harap hubungan kita tak berhenti sampai sini sahaja tapi biarlah kekal selamanya.. nanti kahwin jangan lupa jemput Ena ye :)

alhamdulillah, berakhirlah sudah hidup Ena sebagai pelajar Diploma Perakaunan untuk semester akhir ini.. insya-Allah, kita semua akan mendapat keputusan yang cemerlang.. terima kasih buat kawan-kawan dan lecturer yang banyak membantu dan memberikan sokongan kepada Ena.. sama-samalah kita balik ke kampung halaman masing-masing.. rumahku syurgaku.. berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang tersayang..

p/s : I will miss u guys & Sungai Petani, Kedah :((


Sunday 25 March 2012

fighting for last paper..

Assalamualaikum..

alhamdulillah, semalam Ena baru je lepas paper Costing.. soalan paper nie susah la juga.. Ena spend time lama kat part A sebab soalan objektif tu tak tau la mana satu nak pilih.. past tu kat part B yang bahagian teori macam sedekah je sebab ingat2 lupa.. boleh cam tu?? hehe.. soalan pun da jawab kan, jadi redha dan tawakal je la :)

lepas nie Ena kena berjuang untuk last paper semester nie.. lepas nie juga da tak ada kira-kira lagi.. paper Audit nie semuanya baca.. bagi Ena paper Audit nie adik-beradik law la juga.. tak boleh nak goreng sangat sebab fakta kan.. apa-apa pun Ena akan cuba memahami dan mengenali paper Audit nie supaya senang nak jawab nanti.. haha

p/s : fighting for last paper !!




Wednesday 21 March 2012

lega :)

Assalamualaikum..

hari nie Ena rasa lega sangat.. bukan sebab da habis final exam tapi lega sebab baru je lepas buat paper FAR.. bagi Ena paper nie susah sangat sebab kena refresh balik apa yang kita da belajar dari part 1 sampai part 6.. paper nie ada account, costing, audit dan taxation sekali.. kira + teori = kirateori.. haha

hanya Tuhan je tau macam mana Ena rasa.. alhamdulillah, Ena berjaya juga jawab semua soalan.. betul ke salah tu belakang kira.. yang penting Ena da cuba.. sekarang nie tawakal je la.. :)

p/s : fighting for costing !!


Saturday 17 March 2012

3 paper lagi..

Assalamualaikum..


hari nie baru je habis second paper, Taxation.. tinggal 3 paper je lagi.. paper tadi agak susah la juga tapi apa-apa pun Ena da cuba buat yang terbaik.. redha je la.. :)

p/s : malam nie Ena nak rehat je !!




Friday 16 March 2012

jalan-jalan..

Assalamualaikum..

*** Hari Pertama ***

Ena dengan adik kesayangan, Yah dan Ruiz pergi TS untuk tengok cerita Cinta Kura-Kura.. cerita nie sangat best.. tak rugi kalau tengok.. kura-kura (suara Zizan) dalam cerita nie boleh bercakap dengan manusia tau.. terkejut tak !! cerita nie lagi lawak bila Adam (Aeril) panggil kura-kura tu penyu.. hehe.. selamat menonton !!




*** Hari Kedua ***

Ena dengan Yah pergi Low Yat semata-mata nak beli big apple.. Ruiz tak ikot sebab dia balik kampung.. t.kasih Yah tolong temankan.. hehe.. t.kasih juga kat Pooi Yee sebab bagi tau lokasi big apple yg terdekat dengan rumah Ena.. kalau tak Ena dah pergi sampai ke Tesco Cheras semata-mata nak beli big apple.. hehe



*** Hari Ketiga ***

Kami pergi pasar malam dan jalan-jalan kat Masjid Jamek.. macam2 ada dan macam2 jugalah kami beli.. laksa dan cendol kat sana memang sedap.. uncle best pun ada.. adik-beradik dengan uncle bob kot.. nyum2.. delicious.. hehe  :)

p/s : penat tapi best !!


Thursday 15 March 2012

done with first paper..

Assalamualaikum..



alhamdulillah, I'm done with my first paper, Entrepreneurship yesterday.. next, fighting for Taxation.. wish me luck ya :)

p/s : study smart for taxation !! 



Friday 2 March 2012

big apple !!

Assalamualaikum..

Ena tak tau la kenapa teringin sangat nak makan big apple.. rasa macam da lama tak makan.. setiap kali nak pergi mesti kedai tutup.. balik KL nanti Ena da minta mama belikan.. hehe.. keinginan nie da membuak-buak sangat.. tak boleh tahan da.. mama, nanti belikan akak big apple tau.. dapat satu pun jadilah.. tapi kalau boleh nak dua atau empat.. satu macam tak cukup je.. hehe :)



p/s : i want big apple !!




Thursday 1 March 2012

ala tomey-tomey..

Assalamualaikum..

tertiba je Ena teringin nak post pasal kucing.. Ena memang suka kucing sebab kecomelan yg diorang miliki.. tapi, Ena takut kalau kucing yg comel nie tertiba je datang kat Ena.. Ena tak panggil pun, so janganlah datang k.. tengok dari jauh kecomelan kucing-kucing nie pun da cukup.. hehe.. opss.. kantoi sudah.. suka tapi takut !! 

sebenarnya beruntung jadi kucing nie tau.. diorang selalu dibelai dan dilayan dengan baik kerana kecomelannya.. ada pencinta kucing yang sanggup pergi bersiar-siar dan tidur dengan kucing.. sweet sangat.. tapi ada juga kucing yang bernasib malang sebab tak dilayan dengan baik.. ada juga orang yang sanggup potong kaki kucing yang comel tu.. serius sedih sangat dengan nasib kucing tu.. 

manusia nie pun sama je kan.. bukan semua orang akan layan kita dengan baik.. kadang-kadang kita berada diatas dan kadang-kadang kita berada dibawah.. hidup nie macam roda.. kadang-kadang kita bernasib baik dan kadang-kadang sebaliknya.. kita kenalah tabah menghadapi segala dugaan dan ingatlah apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.. :)



kucing pelangi :)


ala tomey-tomey :)

p/s : saya rindu kat si pencinta kucing saya..




lass class for part 6 :)

Assalamualaikum..


hari nie last class for part 6.. lepas nie bermulalah study week dan sama-samalah kena berjuanglah untuk final exam.. x sabar rasanya nak balik rumah.. rindu family sangat2 da nie.. study week yg panjang nie la peluang untuk Ena balik.. dan peluang untuk study juga k.. hehe :)

sebelum balik KL, Ena dan kawan2 kena prepare untuk viva pada 6 March nie.. then baru boleh balik.. yeayy !! kalau viva tu habis pukul 2 petang, mungkin Ena akan balik petang tu juga.. tapi, kalau viva tu habis lambat, terkubur layu la Ena nak balik hari Selasa.. mungkin Ena balik hari Rabu pagi.. gigih kan.. kalau lagi gigih Ena balik tengah malam tu juga.. itu memang gigih kan !! abah kata akak nak balik pukul berapa pun abah x kesah.. nanti abah ambil kat Duta kan.. so, akak nak balik hari selasa juga lah.. hehe

cukuplah sampai sini saja entry untuk kali nie..sebelum tu, jomlah tengok gambar kawan2 Ena.. nie la muka2 budak DIA 6B dan calon2 akauntan tau.. usaha tangga kejayaan.. insya-Allah !!



 with Madam Mazlifa :)



with Sir Naim :)

p/s : i will miss u guys :(




Wednesday 29 February 2012

Saturday 25 February 2012

awak, bersabarlah !!

Assalamualaikum..

entry kali nie khas untuk awak.. saya tahu awak tak kan baca dan mungkin juga awak akan baca.. awak, saya tahu awak ada masalah dan saya pun macam tu juga.. saya tak tahu macam mana nak tolong awak.. maafkan saya ye !! saya tahu awak perlukan saya dan saya pun perlukan awak juga.. biar jauh di mata tapi dekat dihati.. nanti kita jumpa ye.. rindu awak sangat2..

awak, saya simpati dengan nasib awak.. saya sedih sangat2 dengan apa yg terjadi.. hmm, saya hanya mampu menjadi pendengar yang baik dan berharap awak bersabar dengan dugaan yg awak hadapi.. saya tahu awak tak kuat, tapi saya tak mampu nak tolong awak.. awak, bersabarlah dan berdoalah agar Tuhan bukakan hati dia untuk berubah suatu hari nanti.. 
 
p/s : be strong M*** !!





hati !!

Assalamualaikum..

alhamdulillah, berupdate juga blog nie akhirnya.. serius busy sangat2 minggu nie.. stress dibuatnya dengan kerja yg banyak sangat2 nie.. lepas satu, satu datang.. final project dan report nak kena hantar da minggu depan.. harap2 sempat la ye.. hehe.. minggu depan juga ada 2 quiz.. doakan Ena ye !!

hati nie masih kurang stabil dengan apa yg da terjadi sebelum nie.. kadang2 menangis.. kadang2 rasa lemah sangat diri nie.. kadang2 bersedih..alangkah syoknya ada orang peluk dan tenangkan diri nie.. syoknya kalau ada orang bagi kata2 semangat kan.. hmm, kadang2 rasa diri  nie tak kuat.. serius tak kuat.. :'(

p/s : Ya Allah, berilah hambamu ini kekuatan !!



Tuesday 14 February 2012

alahan..

Assalamualaikum..

alahan ataupun allergic dlm bahasa Inggeris.. alahan nie ada macam2 jenis.. alahan makaan, ubat-ubatan, tumbuh-tumbuhan, gigitan dan lain2.. ok.. kalau nak tahu lebih mendalam klik ALAHAN !!

semalam, doktor mengesahkan bahawa Ena mengalami alahan terhadap makanan.. skema x ayat.. hehe.. serius terkejut juga bila dengar.. tanda-tandanya mata merah, pas tu da start gatal mata dan akhirnya mata bengkak.. memang x tahan sangat2 da semalam.. air mata asyik keluar je.. pas tu rasa kepala berat sangat.. nasib baik la ada roomates Ena tau.. thanks Ina hantar Ena g klinik semalam.. hehe

sebelum nie Ena ingat resdung sebab kadang2 je berlaku kat Ena.. kadang2 gatal mata kanan, kadang2 mata kiri pula.. pas tu selsema n gatal2 telinga.. housemates Ena semua ingat resdung.. Ena pula ingat resdung Ena makin lama makin teruk sangat2 da nie.. takut sampai x terkawal pula nanti.. buat teruk je.. jaga makan ok la kan.. hehe

doktor nasihatkan supaya minum air banyak2 memandangkan cuaca yg sangat panas kat Kedah nie a.k.a Ena x cukup air dalam badan dan kena kawal pemakanan.. arggghhh... benda tu la paling x nak dengar.. control makan !! memang susah la nak hidup.. konon je kan.. bukan diet ok tapi doktor kata Ena x boleh makan daging, sotong, udang, ketam dan lain2 (makanan laut a.k.a seafood).. sedihnya !! tapi sekali sekala boleh sebab doktor yg bernama Ena yg bagi.. tapi effect tanggung sendiri.. hehe :)

p/s : jagalah kesihatan anda !! 






Thursday 9 February 2012

Aiman (Mentor 5) da berpunya..

Assalamualaikum..


betul ke x?? kalau betul nak sedih boleh ?? gedikss.. hehe.. apa2 pun tuan punya badan je yang tau jawapannya.. kita sebagai peminat kenalah terima apa sahaja jawapan yang bakal diberi.. so, sila jawap !! haha

Ena pula tetap akan tengok Vanilla Coklat sampai habis.. Izara Aishah memang cantik dan Aiman Hakim Redza memang handsome.. harap2 setiap hari Selasa, 9 malam x da apa2 halangan untuk Ena tengok cerita tu.. boleh cam tu?? jom la same2 kita tengok Vanilla Coklat.. sweet sangat :)

p/s : source  HERE !!




Sunday 5 February 2012

PENIPU !!

Assalamualaikum..

penipu a.k.a pembohong !! serius Ena tak suka ngan orang macam nie.. korang setuju tak?? kalau orang tu tipu kita sebab nak jaga perasaan atau sebab nak elakkan daripada bergaduh tak pe la kan.. ini orang tu sanggup tipu soal hidup dan mati.. serius tak boleh terima.. 

kalau nak tipu sunat pun agak2 la kan.. tipu sunat pun ada.. tapi tolonglah jangan bermain dengan soal hidup dan mati seseorang k.. tak dapat apa pun kalau kita cakap orang tu dah mati kan?? mungkin bagi dia dapat kepuasan.. bagi orang yang kena tipu, sabar je la kan.. elok2 kita ingat hari nie dia da mati.. tup2 esok dia hidup pula.. ish2.. tolonglah berubah.. jangan permainkan orang lain k..

p/s : alhamdulillah PENIPU hidup lagi..



Saturday 4 February 2012

Salam Maulidur Rasul..

Assalamualaikum..


Tiada harapan selain ALLAH
Tiada idola selain NABI
Tiada kata seindah AL-QURAN
Tiada jalan selurus SUNNAH
Tiada perjuangan selain ISLAM




suka tak??

Assalamualaikum..

hari ini Ena terlebih rajin, jadi Ena pun buat la sedikit perubahan kat blog nie.. sikit la sangat kan.. hehe

sebelum..

selepas..

p/s : suka tak?? kalau suka.. t.kasih la ye.. 
kalau x suka bagi la pendapat k.. Ena buat perubahan nie suka2 je.. :)






thanks housemates..

Assalamualaikum..

entry kali nie khas untuk housemates2 Ena.. t.kasih sangat2 kat korang sebab bagi Ena semangat dan menggembirakan hati Ena.. Ena tau susah untuk Ena terima kenyataan yang menyusahkan dan menyakitkan tu.. sorry dengan ayat berbelit nie.. Ena minta maaf juga dah menyusahkan korang untuk melayan perangai Ena yang teruk nie.. Ena akan cuba x muka ketat lagi k.. cuba la sangat.. Ena sayang korang semua.. mmuahh <3


kami kat Pizza Hut VM..


Taman Jubli.. :)


comey x housemates Ena?? hehe

p/s : t.kasih sebab sudi berkongsi suka dan duka bersama Ena.. :)





status : single but not available..

Assalamualaikum..

akhirnya, berupdate juga blog Ena nie setelah sekian lama ditinggalkan.. da bersawang agaknya kan.. maklumlah Ena busy sangat ngan assignment, quiz, test dan presentation.. konon je.. hari ini Ena nak bagi tahu yang I'm single but not available.. hubungan yang kami bina hanya bertahan selama sebulan sahaja.. tipu la kalau Ena kata x sedih.. serius Ena sedih sangat2 dengan keputusan yang Ena buat sendiri.. kerana mulut badan binasa kan.. bak kata awak.. saya memang SEDIH sangat2 awak.. apa2 pun Ena redha dengan apa yang berlaku.. kalau ada jodoh x kemana.. 

Ena harap akan mengekalkan status SINGLE BUT NOT AVAILABLE nie.. Ena perlukan masa untuk lupakan segala yang telah berlaku.. Ena juga harap dapat perbaiki diri nie dahulu supaya x mengecewakan mana2 pihak.. maklumlah Ena nie seorang yang sangat sensitif, kuat merajuk, membebel dan blablabla.. banyak la juga sampai x tahan dibuatnya.. kesian juga kat awak.. tapi apa2 pun saya minta maaf sangat2 kat awak.. saya doakan awak bahagia.. 

tapi, korang jangan terkejut pula kalau suatu hari nanti status ena berubah kepada IN A RELATIONSHIP WITH MR **** or MARRIED TO MR ****... itu maknanya Ena betul2 da dapat terima kenyataan dan melupakan kenangan Ena.. bukan senang nak sayangkan seseorang dan bukan senang nak melupakan seseorang.. semuanya perlukan masa.. Ena x minta lebih pun.. Ena cuma harap orang yang bakal menjadi boyfriend, tunang o suami Ena suatu hari nanti ialah seseorang yang dapat terima Ena seadanya, membimbing Ena dan menyayangi Ena sepenuh hati..sorry over pula.. 


p/s : only me, family & friends :)





Wednesday 25 January 2012

ulang, ulang dan ulang..


Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

( ulang 3 kali )



Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

( ulang 3 kali )



Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

( ulang 3 kali )


Istana Negara, Jalan Duta..

Assalamualaikum..


Istana Negara adalah tempat bersemayam rasmi bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Istana Negara ini yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur adalah merupakan mercu tanda bagi sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia yang mana kemudahannya melibatkan aspek keselamatan dan ciri-ciri estetika khusus dengan penekanan ciri-ciri binaan Islam dan tradisional Melayu pada bangunan Istana Negara ini yang terletak di kawasan seluas 241.3 ekar (97.65 hektar).
Pentadbiran Istana Negara di Jalan Duta ini telah mula beroperasi sepenuhnya pada tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu pada 11 November 2011. Manakala Istiadat Menaikkan Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah diadakan pada 15 November 2011 sebagai simbolik bahawasanya Istana Negara, Jalan Duta ini telah secara rasminya menjadi Istana Negara di Malaysia.
Ena dan adik, Ruiz sempat bergambar dengan Istana Negara baru nie untuk kenangan kami.. abah dan mama tunggu kat parking je sebab x larat.. adik Ena sorang lagi tu keje.. nie la gambar2 ena dan adik pada hari Ahad, 22 Jan 2012.. hehe :)










i miss you..







Sunday 22 January 2012

Jangan !!

Assalamualaikum..

Jangan ucapkan SAYANG jika benar-benar x peduli..

Jangan ucapkan RINDU jika benar-benar tiada..

Jangan sentuh HIDUP seseorang jika berniat main-mainkannya..

Jangan ucapkan AKU CINTA PADAMU jika itu satu pembohongan..


p/s : Jangan bagi harapan palsu kepada orang !!



what u give, u get back..

Assalamualaikum..

what u give, u get back !! topik nie memang menarik.. tapi kenapa bila kita layan dia dengan baik, dia sebaliknya?? serius rasa macam orang bodoh je.. kita percayakan dia, tapi dia.. tahap kesabaran seseorang tu ada hadnya, jadi tolonglah faham ye..  

budak kecil pun ada perasaan la kalau kita layan dia macam nak x nak je.. dia pun boleh bezakan sama ada kita ikhlas ataupun x.. dia pun tau mana baik dan mana buruk.. jadi, renung-renungkanlah..

redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah !! kalau itu jalan yang terbaik, lebih baik semuanya berakhir dengan cepat kalau dia tetap macam tu dan hari2 kita asyik sedih je..


p/s : serius rasa macam orang bodoh.. BODOH !!




Saturday 14 January 2012

dulu dan sekarang..



Dulu engkau menyayangi diriku ini
Apa saja yang ku buat kau senangi
Bagimu akulah cahaya hidup
Menjadi penerang kegelapan mu

Engkau puja dan kau sanjung diriku ini
Tidak pernah kau menyinggung perasaaan ku
Hatiku kau belai bagai permata
Kau rela bersama dalam derita

Tapi kini engkau dah mula berubah
Tiada lagi mesra terhadapku
Mujur aku sedar tak lemas tenggelam
Dilautan madu yang beracun

Apabila kini diriku engkau benci
Apa saja yang ku buat salah belaka
Tiada lagi madah dan pujuk rayu
Hanyalah perpisahan yang kau pinta




gara-gara x boleh on9..

Assalamualaikum..

semalam, line P1 Wimax sgt2 la slow.. mula2 boleh on9 lagi.. pas tu terus x da line.. serius rasa boring sangat x boleh on9.. alhamdulillah hari ni da okay.. t.kasih P1 Wimax.. 

gara-gara x boleh on9 :

  • Ena TIDUR.. itulah hobi Ena kalau x tau nak buat apa.. zzzZZZ
  • Ena baca BUKU Aku Terima Nikahnya.. banyak juga ilmu yang ena dapat.. nasihat yang berguna untuk remaja pun ada.
  • Ena belikan makanan DINNER untuk housemates.. maklumlah mood rajin da sampai.. haha
  • Ena main game KERETA dan UNO ngan housemates sampai pagi.. hehe


Thursday 12 January 2012

Aku Terima Nikahnya..

Assalamualaikum..


AKU TERIMA NIKAHNYA merupakan gabungan buku best seller Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga dan Murabbi Cinta. Ia diterbitkan dengan hard cover bersama tajuk depan dengan  Gold Hot Stamping bersama dan teks dalam yang dicetak dwi warna. Turut dihiasi dengan petikan-petikan daripada setiap artikel untuk kemudahan pembaca. Dihasilkan dengan sasaran menjadikannya sebagai cenderamata dan hadiah perkahwinan, juga sesuai sebagai koleksi peribadi.



akhirnya, Ena beli juga buku ni.. da lama da Ena berniat nak beli.. Ena harap buku nie dapat memberi manfaat kepada Ena.. insya-Allah.. t.kasih baucer.. hehe :)