Wednesday 25 January 2012

Istana Negara, Jalan Duta..

Assalamualaikum..


Istana Negara adalah tempat bersemayam rasmi bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Istana Negara ini yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur adalah merupakan mercu tanda bagi sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia yang mana kemudahannya melibatkan aspek keselamatan dan ciri-ciri estetika khusus dengan penekanan ciri-ciri binaan Islam dan tradisional Melayu pada bangunan Istana Negara ini yang terletak di kawasan seluas 241.3 ekar (97.65 hektar).
Pentadbiran Istana Negara di Jalan Duta ini telah mula beroperasi sepenuhnya pada tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu pada 11 November 2011. Manakala Istiadat Menaikkan Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah diadakan pada 15 November 2011 sebagai simbolik bahawasanya Istana Negara, Jalan Duta ini telah secara rasminya menjadi Istana Negara di Malaysia.
Ena dan adik, Ruiz sempat bergambar dengan Istana Negara baru nie untuk kenangan kami.. abah dan mama tunggu kat parking je sebab x larat.. adik Ena sorang lagi tu keje.. nie la gambar2 ena dan adik pada hari Ahad, 22 Jan 2012.. hehe :)










No comments: