Saturday 14 September 2013

Sem Baru

Assalamualaikum.

Nampaknya blog Ena ni da lama tak diupdate. Bak kata orang da bersawang sebab dibiarkan selama berbulan-bulan dan sekarang baru nak update. Ena sekarang ada kat Kota Bharu, Kelantan untuk sambung sem empat. Alhamdulillah, da seminggu Ena kat sini. Untuk sem ni, Ena dan kawan2 duduk rumah sewa baru yang lebih dekat dengan UiTM. Rumah sewa ni kepunyaan Pak Cik Nik yang sangat peramah orangnya. Pagi tadi Pak Cik Nik datang rumah untuk repair toilet kami yang tersumbat dan almari yang rosak. Terima kasih Pak Cik Nik !

Minggu ni Ena dan kawan2 pergi ke kelas tiga hari sahaja sebab hari Isnin kami ada masalah sikit. Kami pergi ke kelas tanpa Nani dan Sarah sebab dorang balik minggu depan atas sebab2 tertentu. Rasa sunyi la juga tanpa si comel dan si cantik. hehe. Dalam tempoh tiga hari ni tiga kelas sahaja yang ada lecturer. Buat masa ni lecturer nampak macam okay je. Ena dan kawan2 masih maintain kelas A dan ada juga kawan2 kelas B yang masuk kelas A sebab jadual clash. Welcome to kelas A :)

Selama seminggu ni, kami asyik berjalan sakan. Mula2 kami pergi Mydin Kubang Kerian dan Nirwana sebab Bie kata barang2 murah kat sana. Esoknya kami pergi KB Mall untuk bayar bil dan beli hadiah. Semalam kami pergi Tesco pula sebab Ena dan Anis nak beli air mineral. Untuk minggu ni sahaja duit da banyak digunakan untuk beli barang2 keperluan masing2. Apa2 pun barang2 tu semua untuk jangka masa yang panjang dan lepas ni tak ada shopping lagi. Shopping tu tetap ada tapi mungkin lepas ni beli barang2 dapur dan masak kat rumah untuk berjimat. 

p/s : Sem baru, Azam baru dan Semangat baru :)




No comments: