Assalamualaikum.
Hari ini Ena nak bandingkan hidup di Machang dengan Kota Bharu. Bagi Ena duduk Kota Bharu ini memang best sebab tiada lagi masalah air seperti kat Machang. Cuma minggu pertama sahaja ada masalah sikit. Lepas tu tiada lagi masalah air. Sewa rumah memang agak mahal berbanding kat Machang. Dulu Ena kena bayar RM60 sebulan tapi sekarang RM150 sebulan.
Dulu kalau lapar Ena senang je nak keluar ngan Far dan Ida untuk pergi mana-mana kedai. Kami cuma kena pilih nak makan kat mana dengan hanya jalan kaki sahaja. Favourite kedai makan kami masa lunch ialah kedai Pokok Ceri dan malam pula boleh pergi kedai Lamb 2 atau Nyior. Kalau rajin kami pergi makan kat E-Rup Sup atau Satay Mama kat Tanah Merah. Sekarang bila kat KB tak tahu nak makan kat mana. Kalau hari-hari makan kat KB Mall habis la duit. Kami hanya masak kat rumah untuk menjimatkan duit. Nasib baik ada roomates yang rajin dan pandai masak. Ena tolong makan je. Haha
Rumah sewa kat Machang juga dekat sahaja ngan kedai CC. Senang nak print or fotostat. Hidup kat KB ini semua jauh. Nak print or fotostat hanya ada dekat kawasan Tesco sahaja. Beli barang rumah pun kat Tesco juga. Dulu kalau nak beli barang rumah dekat depan rumah sahaja pun ada kedai runcit tapi sekarang kedai runcit pun tiada.
Ena lebih suka kelas kat Machang daripada KB sebab lagi luas dan selesa. Kelas kat KB ini sempit dan susah nak belajar. Kelas kat sini macam kat bilik AUD kat Machang. Kalau subjek membaca bolehlah tahan tapi kalau subjek mengira susah nak belajar dengan keadaan yang sempit macam sardin tu. Tempat letak kereta kat sini memang terhad dan kena guna meter pula. Setiap kali pergi ke kelas kena letak RM2.
p/s : Ena akan cuba sesuaikan diri untuk hidup di KB bersama roomates yang penyayang dan baik hati :)
No comments:
Post a Comment