Assalamualaikum.
Ini adalah rumah sewa Ena kat Kota Bharu. Rumah ini kepunyaan Cikgu Nab a.k.a bekas guru besar. Rumah ini besar dan selesa tapi malangnya tiada ruang udara dan sangat panas. Bak kata orang Penang bahang. haha
Rumah sewa ini ada 5 bilik tapi hanya 3 bilik sahaja yang digunakan. Bilik kami diberi nama Kekwa. Dua lagi bilik namanya Anggerik dan Mawar. Bilik Anggerik dan Mawar kepunyaan kakak senior. Rumah sewa ini ada 11 orang sahaja. Bilik Mawar 2 orang dan Bilik Anggerik 3 orang. Bilik kami besar sikit sebab 6 orang.
Kami merancang nak tinggal kat rumah cikgu Nab ini satu sem je sebab kawasan rumah ini agak merbahaya sikit a.k.a kawasan hitam. Kami merasa tidak selesa untuk tinggal disini dengan keadaan yang tidak terjamin dan juga kakak senior kat bilik Anggerik suka bertalam muka pula. Kami hanya rasa selesa untuk berborak dengan kakak senior dalam bilik Mawar sahaja.
p/s : harap cikgu Nab cepat-cepat beli kipas baru atau air-cond.. hewhew
No comments:
Post a Comment