Salam..
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: "Dan orang yang berpuasa itu beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati: dikala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui tuhannya nanti, ia akan gembira kerana puasanya." [Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan An-Nisa'i]
"Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu." [Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabussunan]
Antara hikmah dan faedah puasa ialah:
- Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah perhatian Allah.
- Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.
- Allah menghendaki semua hamba-Nya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ketaatan dan taqarrub kepada-Nya.
- Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan keterlalulan.
- Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.
No comments:
Post a Comment